kita berdua

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sabtu, 19 Jun 2010

baik2 sayang...

Semalam kul 8.00 malam g antar mr tunang kat airport...Dah selamat dah dia sampai kat Sabah.Sedih jer rasa hati bila dia dah g Sabah.Lambat lagi lah jumpa dia.Raya nnt lah jumpa balik.Semalam bila kuar ngan dia asyik nak gaduh jer.ak pun tak tau knp.Tapi ak org yang buat halnyer...B sorry sbb slalu wat b marah......Hormon ak tak stabil kut.2 lah alasan yang ak bg kat dia..hehehe.Balik cuti ari 2 byk jgak lah persiapan dah ak selesaikan.Pelamin n baju akad nikah semua dah setle.Cuma tengah konpius masa berarak nnt nk pki baju songket or baju lace???Masa akad nikah nnt nk pki baju putih n masa bersanding takkan putih lg kut?Tapi ak berkenan giler ngan songket putih 2......poning2....Ape pun nnt lah pk kan.5 persalinan ak ambil.tak taulah sempat pakai tak...hentam ajelah...
Tutup citer pasal persiapan kawin.Sebelum dia berangkat g Sabah sempat lah dia nyayikan lagu Baik2 Sayang...Sangat sedih masa 2.Sebab dia bukannya orgnya jiwang.Tapi bila dia tujukan lagu 2 utk ak..ak sedih sangat...huhuhuhu..B ari ni dah genap 6 bulan kita bertunang.................i luve u...

Ahad, 6 Jun 2010

kursus kawin n perkara yg dah diselesaikan

Nie hari pertama kursus...

Yeay..kami dah bleh kawin...

Pada 5 n 6 hb Jun 2010 bertempat kt Kota Tinggi kami berdua telah pun menyelesaikan kursus kawin dengan jayanya....huhuhu.Walaupun mula2 rasa malas je nak g tapi tabahkan hati jugak g.Rupa2 nya kursus nie seronok sangat sbbnya penceramah2 kelakar sangat...Asyik gelak jer.Mula2nya kami bertujuan untuk g kat Skudai tapi sbb tak tau tempat jadi kami putuskan utk ke Kota Tinggi shj walaupun agak jauh jgak...Kami merupakan pasangan yang paling jauh skali datang...Ape pun kursus dah pun tamat dan kami pun dah dapat sijil kawin....Abis kursus kedua ak demam plak....nie pun tak sihat lg...

Barang yang dah setle..

@ perfume - dua2 @ kain pasang - dah dua..cukup la

@kasut n - dua2 @ sejadah - ok

@jam - ok @ Kursus kawin-ok

@handbag - ok (rasa nk beli lain jer plak) @ Door gift- 200 beli...

@ cadar - ok

Jumaat, 21 Mei 2010

lima bulan lagi

Bulan 6 nie ramai lagi yang nak kawin..sedih...org lain semua dah nak kawinTinggal ak sorg jer lagi.Sal n Lisa tahniah...semoga kekal selamanya.

sedar2 tinggal lima bulan lagi ak nak menamatkan zaman bujang.Tapi ape2 pun belum wat lagi.Tema pun tak tau nak pilih ape lagi.Sekejap nk warna merah...kejap nk warna oren dan ape2 lagi lah..poning kpla...Cuti bulan 6 nie banyak yg ak nak setle..pelan2 kayuh..huhuhu
perkara yg nk dibuat bulan 6 nnt
  • kursus kawin - 5 n 6 Jun kat skudai
  • beli barang hantaran - kat kl lah cari
  • tempah kad kawin- nk cr yg murah2..kat mana ek...
  • cr barang utk tetamu - kat air hitam kut
  • g tgk pelamin n baju sanding
  • cr baju sanding sebelah lelaki
  • bincang tmpat bulan madu
yang dah selesai
  • photo - hehehe yg ni dah slesai awal.Dah bayar deposit dah....

nie je yang selesai..poning ak...

Isnin, 19 April 2010

baju untuk akad nikah

Tak taulah baju nie sesuai tak utk ak.Sbb baju nie telah dicari n dibeli oleh kawanku,Huda untuk akad nikahku nnt.Tapi ak blum cuba n lihat dgn mataku sendiri.Ak nk pki baju warna putih utk akan nikahku dan ak tlh meminta tolong kawanku ini mencarikan ak baju....Tapi baju nie agak jarang...tgk lah dulu mcm mana.Cantik tapi....Klu boleh masa akad nikah nnt ak nak jadi pengantin perempuan paling cantik n ayu.....hehehe...

Jumaat, 16 April 2010

lambat lagi..tapi berdebar lebih...

Emmmmm...tarikh 20 november 2010 n 28 november 2010...Tarikh yg telah pun dipersetujui utk ak menamatkan zaman bujangku....dah tua dah masa nie.Umur dah 27 dah tahun nie.Tapi tak pe lah jodoh baru sampai.Ape pun di harap majlisku nanti berjalan lancar.Ak pening nie...tak tau nk wat ape2 pun....ke lambat lagi...

Isnin, 5 April 2010

rasa nak menangis

semalam tiba2 jer ak rasa teremosi.tak tau knp tiba2 jer ak boleh bantai menangis smlm.nak kata uzur dbaru jer lepas..hehehe.ntah lah.smlam bila ak balik dari jln2 g city square tgk pesta perkahwinan hampir kul 7 mlm.Bila tunang ak 2 tel n kitaorg bincang2 hal perkahwinan nnt tiba2 ak rasa nak mnangis.tak kan tensen nk kahwin kut...tapi ak nk kawin lmbat lagi.Ak tiba2 jer mnangis.bkn mnangis sikit2 tapi lama sgt.sampai tersedu2.Ak pun tak tau knp.Rasa rindu kat dia n rasa tensen menjadi satu dan ak mula rasa sedih sangat semalam.Tapi dia boleh bantai gelak kat ak.huhuhuhu...ak pun segan jugak kat dia.knp tiba2 ak mnangis.Ak rasa seperti dia tak boleh trima ak seadanya.Tapi ak tau dia tak mcm 2.Ak yang mentensenkan diri ak sendiri.Ak rasakan diriku tak sempurna untuk dia.2 yang ak rasa mcm sedih sangat 2...Ak mnangis hampir 20 minit jugak nk reda.Tapi rasa klakar plak.Ak ketawa plak.Kemudian ak bantai mnangis lagi.Jiwa bercelaru ak agaknya nie...Masa ak antar dia balik ke Sabah tak der pun ak sedih.Tapi mlm smalam ak rasa sedih sangat.Ingat kat dia.Tensen nk kawin lagi dan lain-lain lagi la.....huhuhu..ak sedih semalam.............Bi sayang rindu kat bi...

Jumaat, 15 Januari 2010

Hukum sertai Facebook

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?””

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.